Blogger Layouts

Monday, November 8, 2010

JAGA KELAKUAN

Oit lelaki .. perlu ingat !

Berkelakuan baik. Bergurau ringkas tidak mengapa, tapi tetap berhati-hati agar tidak membuatkan mereka terasa atau berkecil hati.

Wanita jenis ini memang tidak gemar dengan lelaki yang suka buat lawak bodoh [stupid joke]. Bergurau biarlah berpada, kerana wanita jenis ini sememangnya amat mudah berkecil hati [fragile heart] dan jenis tidak mudah menerima gurauan yang ganas-ganas atau berlebihan. Jadi, jika ada niat hendak mengorat wanita jenis ini, sila belajar mengawal diri dan perasaan serta perangai suka membuat lawak bodoh.

Jangan ambil kesempatan. Walaupun mereka mungkin memberi isyarat yang mereka juga minat kepada anda, tidak bermakna anda boleh semudah-mudahnya menyentuh atau mengambil kesempatan terhadap mereka.

Wanita jenis ini sangat berhati-hati dalam memilih pasangan. Kebiasaannya wanita jenis ini lebih suka berkenalan dengan adik anda atau keluarga anda dalam masa dia mengenali anda, ini menunjukkan dia berminat untuk menjadikan anda pasangan hidupnya. Namun, jika anda seorang lelaki yang tidak serius dan suka mengambil kesempatan, perangai anda akan mudah dikenal pasti di sini. Iaitu anda sangat liat memperkenalkan keluarga anda kepada si dia. :D

Sekali-sekala berikanlah pujian ikhlas anda, jika tidak kepada fizikal mereka, apa salahnya memuji sikap atau personaliti mereka. Tapi ingat, pujian harus jujur!

Wanita jenis ini tidak menghargai pujian. Ini kerana mereka sedar, mereka tidak memiliki kecantikan fizikal seperti wanita lain. Jadi, jika anda ingin memuji mereka, pujilah dengan jujur dan ikhlas. Jangan puji tak bertempat dan membabi buta. Daripada niat anda hendak mengambil hati si dia, akan bertukar menjadi menyakitkan hati si dia. :D Jadi berhati-hatilah dalam memuji wanita jenis ini.

Jadi pelindung dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri mereka.

Wanita jenis ini amat mendambakan lelaki yang mampu memberi perlindungan kepada mereka. Tidak kiralah dari segi fizikal, mental, emosi ataupun jasmani. Wanita jenis ini juga mendambakan lelaki yang sentiasa mengutamakan keselamatan mereka walau di mana sahaja. Ini akan membuatkan mereka sentiasa ingin merasa dekat dengan anda kerana merasa selamat bersama anda. :D